PH Sabah Rakam Penghargaan Terhadap Komitmen Perdana Menteri

87bf34854797464ee1b95c977b5ef2c46667bdfd3b0daDatuk Seri Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 11 Ogos (Iteenews) — Pakatan Harapan (PH) Sabah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmennya terhadap usaha melaksanakan pelbagai perkarayang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam satu kenyataan hari iniPH Sabah berkata hakikat bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dan berjaya menyelesaikan beberapa perkara mengenainya di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), memang tidak boleh dinafikan.

PH Sabah yang dianggotai PKR, DAP, UPKO dan Amanah di negeri itu berkata iamerupakan kali pertama beberapa tuntutan di bawah MA63 diselesaikan selepas 61 tahun pembentukan Malaysia.

“..perkara seperti pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, yang telah mengembalikan kedudukan asal Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan apabila Malaysia dibentuk.” menurut kenyataan itu.

PH Sabah berkata ini adalah perkembangan positif dan penting yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membetulkan keadaan, dengan mengiktiraf peranan dan kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

“Melalui pembentukan MTPMA63 oleh Kerajaan Persekutuan,permintaan dalam beberapa bidang penting dilihat telah diberikan dan dikembalikan semula ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

PH Sabahmemberi contoh perkara seperti penyerahan kuasa pentadbiran ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada kerajaan negeri Sabah serta pemberian kuasa ke atas pelesenan dan perikanan laut dalam kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Turutdiselesaikan sepenuhnya ialah seperti pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR)dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)negeri Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182); dan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 untuk melantik wakil kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli tetap lembaga itu.

“Bukan sahaja penyerahan kuasa mengawal bekalan gas di Sabah; malah pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak; peruntukan garis panduan pemindahan semula tanah dikhaskan untuk Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak; serta penyerahan kuasa pengawalseliaan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah, juga telah diselesaikan,” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *