PH Negeri Sembilan Tekad Rampas Semula DUN Paroi Pada PRU16

a0c34df0383238a514b8fed0b90c1adb673999b1239e1Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (tiga, kiri) merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden Amanah Adly Zahari (tiga, kanan) bersama ahli Amanah Negeri Sembilan pada Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Sembilan di sebuah hotel, hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEREMBAN, 17 Nov (Iteenews) — Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bertekaduntuk merampas semulakerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroiyang kini disandang oleh Perikatan Nasional (PN)pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata beliau akan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan parti ituterutamanya Parti Amanah Negara (AMANAH) bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Klawang tetapi juga berusaha merampas semula kerusi DUN Paroi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru setiap jentera parti bergerak turun padang bermula dari sekarang bagi membantu kemenangan AMANAH di kedua-dua kerusi DUN berkenaanpada PRU16.

“Itujanji saya. Saya akan minta semua jentera, terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bergerak bantu, itu saya akan lakukan.

“Pelbagai program untuk dekati rakyat juga perlu sentiasa diadakan, terutama di kawasan Labu dan Paroi, kita pastikan mana tempat yang kita (AMANAH) kalah tempoh hari kita dapat ambil semula, Insya-Allah,” katanya ketika berucap pada Konvensyen AMANAH Negeri Sembilan yang dirasmikan Naib Presiden AMANAH Adly Zaharidi sini hari ini.

Kerusi DUN Paroi dan Klawang sebelum ini disandang oleh AMANAH, namun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya kerusi DUN Klawang berjaya dipertahankan parti itu manakala DUN Paroi dimenangi PN.

Sementaraitu, Adly optimis Pemuda AMANAHmampu memastikan parti itu kekal relevan, sekali gus memacu kebangkitan pada masa akan datang, selain menasihati mereka mempertingkatkan pelbagai program bagi mendekati golongan muda.