Persidangan Cawangan UMNO Bermula Hari Ini, Medan Perkukuh Perjuangan – Ahmad Zahid

e0c449c8ead392cd54c4e3baa61de86567f38124cc95cKredit : FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 7 April (Iteenews) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu dimanfaatkan sebagaimedan memperkukuh perjuangan, memahami cabaran politik semasadan menyusun langkah bagi memastikan parti itu terus relevan dalam landskap politik yang sentiasa berubah.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini masanya untuk ahli parti memperkemas gerak kerja,menyuarakan pandangan akar umbiserta memperkukuh saf dengan penuh kebijaksanaan dan kesepaduan.

“Semoga persidangan ini menjadi asas kukuh untuk kita memperteguh perjuangan dan terus memberikan khidmat bakti dengan penuh komitmen dan dedikasi,” katanya menerusi catatan di Facebookhari ini.

Beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO cawangan-cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara bermula hari ini hingga 25 Mei depan.

Pada 12 Mac lepasmesyuaratAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNOmemutuskan tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan pada 7 April hingga 25 Mei, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian (9 Jun hingga 27 Julai) dan Perhimpunan Agung UMNO dari 20 hingga 23 Ogos.