Persiapan Kongres Nasional PKR Lancar – Fuziah

acb781381b408e9d816ee283ee29db8c66e7d862d1324Fuziah Salleh

OlehAhmad Aidil Syukri Hamzah

JOHOR BAHRU, 21 Mei (Iteenews) –Persiapan bagi keseluruhan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual bermulaesok berjalan lancar setakat ini, kataSetiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata persiapan itu merangkumi Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Kongres Wanita Pusat serta proses pemilihan jawatan tertinggi parti.

“Hasil tinjauan saya di lokasi acara mendapati persiapan berjalan mengikut perancangan dan lancar.

“Saya juga sedang meneliti senarai pembahas dan senarai jemputan, sama ada mereka telah memberi maklum balas kehadiran atau sebaliknya,” katanya kepada Iteenews.

Fuziah berkata jemputan turut melibatkan pemimpin parti dalam Kerajaan MADANI untuk menghadiri Kongres Nasional PKR.

Kongres Nasional PKR akan bermula dengan perasmianserentak Kongres AMK dan Wanita, pada 8 malam esok.

Ia akan disusuli dengan Kongres AMK dan Wanita serta pemilihan kepimpinan pusat pada pagi Jumaat, sebelum ucapan dasar Presiden merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR pada sebelah malam.

Kongres seterusnya diteruskan pada Sabtu dengan sesi perbahasan, penggulungan oleh kepimpinan parti serta pengumuman keputusan pemilihan bagi kepimpinan pusat sesi 2025-2028.