Datuk Amar Douglas Uggah Embas
SERIAN, 1 Dis (Iteenews) — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjaditulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh membenarkan wujudnya perpecahan dalaman yang boleh melemahkan parti.
Timbalan Presiden PBB yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keperluan untuk semua ahli parti berkenaan supaya bersatu semakin mendesak selepas Sarawak berdepanpeningkatanperhatian terhadap pencapaian dan tuntutannya.
“Apabila perpecahan berlaku, ia menandakan permulaan kejatuhan parti. Kita perlu mengelakdengan apa jua cara sekalipun, terutama pada masa ini, keranaramai yang iri hatidengan apa yang telah dikecapioleh Sarawak dan apa yang kita terus tuntut di bawah MA63 (Perjanjian Malaysia 1963),” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat PBB Cawangan Balai Ringin di sini hari ini.
Beliau berkata semua ahli parti itu perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada presiden parti yang juga Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam usaha beliau untuk mempertahankan hak negeri itu termasuk yang berkaitan dengan pelantarbenua Sarawak yang termaktub dalam MA63.
“Premier dengan jelas menyatakan bahawa hak-hak Sarawak tidak boleh dicabuli. PBB perlu menjadi peneraju dalam menggerakkan sokongan untuk mempertahankan hak-hak ini,” katanya.
Uggah berkata semua cawangan PBB boleh memberi sumbangan dalam memperkukuh pendirian Sarawak untuk mempertahankan haknya dengan menjadikannya sebagai resolusi utama dalam konvensyen parti yang akan diadakan pada Februari depan.
Sementara itu, beliau turut menyeru agar cawangan-cawangan parti itu mengemukakanresolusi yang mencerminkan keperluan dan aspirasisebenar mereka dalam usaha meningkatkan pendapatan dantaraf hidup.
“Kita memiliki pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kementerian-kementerian yang berkaitan untukmendengar suaraanda semua di konvensyen nanti," katanya.