Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, ketika sesi temu bual eksklusif bersama Iteenews sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota, yang diadakan di Pusat Operasi Barisan Nasional baru-baru ini. PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar. PRK itu diadakan susulan kematian Sharifah Azizah, 63, yang juga bekas Wanita UMNO Johor di Hospital Enche\’Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas. — fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KLUANG, 20 Sept (Iteenews) — Aspek perumahan dan pembangunan usahawan antara fokus yang akan diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullahjika diberi mandat oleh pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota28 Sept ini.
Syed Hussien, 40, berkata dua aspek itu penting untuk kesejahteraan rakyat, selain membawa impak ekonomi, selari dengan agenda diketengahkan kerajaan negeri, Maju Johor yang dilancarkan tahun lepasdengan matlamat kemajuan negeri bukan hanya daripada ekonomi, malah secara holistik.
Menyentuh isu usahawan, Syed Hussien yang juga Ketua Pemua UMNO Kluang melihat keperluan untuk mewujudkan pangkalan data yang dapat membantu sebagai rujukan agensi atau jabatan berkaitan bidang itu supaya bentuk bantuan atau latihan lebih spesifik dapat diberikan.
"Untuk menghasilkan pangkalan data seperti ini, saya berpendapat kita perlu sentiasa turun padang, bertemu seramai mungkin dari kawasan ke kawasan untuk mendengar sendiri permasalahan atau pandangan mereka, kerana pasti usahawan terbabit mempunyai perkara berbeza untuk diketengahkan.
"Contoh soal keperluan usahawan, ada memerlukan permis, ada pula mahu bantuan pinjaman kewangan atau mesin, bergantung kepada bentuk perniagaan diusahakan. Ini antara perkara yang kita perlu angkat dan kumpul supaya boleh diselesaikan secara kolektif dengan bantuan agensi berkaitan," katanya kepada Iteenews di sini hari ini.
Menyentuh mengenai perumahan, Syed Hussien berkata Kluang antara kawasan yang mempunyai rumah mampu milik terbanyak di Johor, namun usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tiada keluarga layak tercicir daripada peluang memiliki rumah berkenaan.
"Kita mempunyai lebih daripada 3,000 hingga 4,000 rumah yang sudah dan sedang dibina bagi menampung keperluan masyarakat Kluang termasuk di DUN Mahkota. Perumahan antara perkara yang sudah lama kita (kerajaan negeri) usahakan bagi membantu penduduk," katanya.
Walaupun berdepan pertembungan satu lawan satu pada PRK itu berbanding persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Syed Hussien berkata ia bukan alasan untuk beliau mengambil mudah atau memandang ringan lawan.
Dalam perkembangan lain, semasa ditanya mengenai kemungkinan jumlah peratusan keluar mengundi menurun disebabkan cuti sekolah baru tamat iaitu seminggu sebelum hari mengundi, Syed Hussien percaya pengundi DUN Mahkota sedar keperluan untuk menunaikan kewajipan mereka.