Perbincangan PKR Pusat, Sarawak Menjurus Kepada Usaha Perkukuh Kerajaan

4e56231ca0306730f6d05f0d6cffcb9467d2f61c8c068Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merangkap Ketua Wanita KEADILAN Pusat (KWP) ditemui media pada Majlis Iftar bersama KWP hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA.

KUCHING, 13 Mac (Iteenews) –Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.

Menurutnyaperbincangan antara PKR Pusat dan PKR Sarawak lebih menjurus kepada usaha memperkukuh Kerajaan MADANI.

Beliau berkata setakat initiada sebarang keputusan dibuat oleh parti berhubung penyertaan dalam PRN13 Sarawak akan datang.

PRN13 Sarawak dijangka diadakan tahun depan selepas kali terakhir berlangsung pada 18 Dis2021.

“Saya rasa kita masih mempunyai banyak ruang untuk berbincang mengenai PRN. Sebab itu saya katakan bahawa teras utama sekarang adalah untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan. Jadi, apa sahaja keputusan mesti berteraskan mesyuarat yang melibatkan semua pihak,” katanya.

Menteri Pendidikan itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata PKR Sarawak turut menyatakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti Mei ini.

Pada pemilihan parti akan datang, Fadhlina akan dicabar semula oleh Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Pada pemilihan PKR 2022, Fadhlina menewaskan Rodziah dengan majoriti 32 undi.