Peratusan Keluar Mengundi PRK Mahkota Memuaskan – DAP Johor

0842fe69d11d78d427ef2ed3866a852266fbd5f4c93cf Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (tengah) menunjukkan buku laporan Kelestarian MITI 2023 pada majlis perasmian MITIDAY 2024 di Bangunan MITI hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong (dua, kiri), Ketua Setiausaha MITI Datuk Yahri Yaacob (dua, kanan), Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI Datuk Hanafi Sakri dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan) Datuk Bahria Mohd Tamil (kanan).

JOHOR BAHRU, 1 Okt (Iteenews) — Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu lepas adalah pada tahap memuaskan walaupun sekadar merekodkan 53.84 peratus.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berjaya menarik masyarakat Cina untuk turut keluar mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.

“Sepanjang kempen, kami berjaya meyakinkan ramai pengundi bahawa satu undi untuk calon BN Syed Hussien Syed Abdullah ialahundi untuk Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Malah, pengundi Cina yang kebanyakannya merupakan penyokong PH telah memberikan sokongan padu kepada BN dalam PRK Mahkota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Liew yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri bagaimanapun berkata pada awalnya PH Johor sedar terdapat kemungkinan peratusan keluar mengundi dalam PRK berkenaan rendah berbanding pilihan raya sebelum ini.

“Anggaran awal ialahpengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan antara Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

“Namun, kami tetap yakin kempen menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50 peratus, walaupun ada yang menaruh harapan ia dapat mencapai 55 peratus tetapi itu sukar menjadi kenyataan," katanya.

Menurut Liew yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri antara sebab peratusan mengundi kurang ialahpemilihmuda tidak pulang menunaikan tanggungjawab merekakeranabekerja di luar daerahterutamanya di Singapura dan Kuala Lumpur.

“Selain itu, saya sendiri telah menemui beberapa pengundi muda yang tidak tahu mereka berhak mengundi. Ramai antara mereka yang masih tidak menyedari tentang pendaftaran secara automatik pengundi apabila mencapai usia 18 tahun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *