Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Iteenews) — Penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)mampu menarik sokongan pelbagai pihak untuk bersama PKR membina sebuah negara yang lebih progresif, adil dan inklusif.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata hal ini sejajar dengan komitmen parti berkenaanuntuk terus menawarkan politik berasaskan idea, kepakaran dan integriti.
“Pengalaman beliau dilihat mampu memberi nilai tambah kepada KEADILAN (PKR),” katanya dalam hantarandi platform Xhari ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan itu juga percayaketerbukaan PKR dalam menerima tokoh-tokoh profesional membuktikan parti itusentiasa berkembang sebagai sebuah wadah yang matang dan bersedia untuk memimpin masa depan Malaysia.
Dalam pada itu, Muhammad Kamil berkata proses permohonan untuk menyertai PKR perlu mengikuti prosedur yang telah ditetapkan dan seperti yang diumumkan Setiausaha Agung parti.
Semalam, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja TertinggiUMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Rajadan ahli UMNO bagi menyertai PKR.
Tindakan beliaubagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripadaPengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiyangmemintakuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikekalkan susulan tindakan Tengku Zafrul meletakkan semua jawatan dan keahliandalam UMNO.
Ahmad Zahid yang jugaPresiden UMNO hari ini mengesahkan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan telah menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan Tengku Zafrul.
Namun begitu, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh hari iniberkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan.