Pengundi DUN Nenggiri Pilih Wakil Rakyat Baharu Hari Ini

aa736bbb1a91cf8910afe591814c060f66bf4fd42bd15

GUA MUSANG, 17 Ogos (Iteenews) — Seramai 20,216 pengundi akan menunaikan tangggungjawab masing-masing hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Tepat 8 pagi ini, sebanyak 20 pusat mengundi dengan46 saluran dibuka untuk proses pengundian danditutup secara berperingkat antara 2 dan 6 petang.

Empat pusat mengundi akan ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai, manakala SK Pulat dan Dewan Orang Ramai Pos Simpor ditutup pada 3 petang.

Pada 5 Ogos lepas, 43 kertas undi pos telahdikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pengundi yang berhak di Nenggiri termasuk kepada 14 anggota polis.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kedua-dua calon akan mengundi di pusat mengundi yang sama iaitu Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama.

PRK DUN Nenggiridiadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelahbekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.

Ini ialah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu), PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *