Demam pilihan raya semakin terasa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila ‘perang bendera’ parti mula berkibar megah di sepanjang jalan dan persimpangan utama.Warna-warni lambang perjuangan mula menghiasi ruang awam, menandakan permulaan kepada kempen yang bakal berlangsung.Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.
Beberapa kenderaan menyusuri jambatan kecil Kampung Changkat Dermawan yang dihiasi dengan bendera Barisan Nasional.Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon daripada tiga parti pada 26 April ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAPAH, 24April (Iteenews) –Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sudah hampir sampai ke penghujungdengan tempoh berkempen tinggal sehari lagi, sebelum 31,316 pengundi membuat keputusan di peti undi, Sabtu ini.
Faktor peribadi calon, keupayaan mereka melaksanakan manifesto serta isu-isu tempatan dan nasional yang dibangkitkan sepanjang kempen bakal menjadi pertimbangan pengundi.
Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata masyarakat di DUN itu dilihat lebih berminat dengan isu infrastruktur asas, perkhidmatan kesihatan serta kebajikan pekebun kecil yang dekat dengan masyarakat di situ berbanding naratif politik peringkat nasional.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata strategi membawa isu seperti 3R (isu agama, kaum dan institusi diraja) atau kenyataan politik berbaur kebencian, tidak berkesan di kawasan luar bandar seperti Ayer Kuning.
“Pengundi di Ayer Kuning ini lebih mengutamakan calon yang boleh membawa perubahan dari segi kebajikan dan pembangunan. Isu nasional seperti Jalur Gemilang tidak sempurna baru-baru ini atau kenyataan politik agama tidak akan mempengaruhi keputusan mereka.
"Jadiboleh dikatakan dalam konteks isu yang dibangkitkan ketika kempen itu, isu setempat lebih penting berbanding isu di peringkat nasional. PRK ini kalau bawa isu nasional memang sukar dapat sokongan pengundi," katanya kepada Iteenews.
Ahmad Martadha berkata pendekatan kempen menyantuni pengundi dari rumah ke rumah juga dilihat lebih efektifdalam PRK DUN Ayer Kuning berbanding ceramah besar-besaran kerana calon serta parti bertanding mampu menyampaikan maklumat secara langsung kepada pengundi.
Beliau berkata ceramah berskala besar selalunya dihadiri kumpulan yang sama, sekali gus tidak banyak membantu dari sudut menambah undi.
Setakat iniAhmad Martadha melihat calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir yang mempunyai latar belakangbidang akademik mempunyai kelebihan untuk memenangi kerusi DUN berkenaan, apatah lagi apabila dibantu jentera Pakatan Harapan (PH).