Penduduk Ayer Kuning Tolak Politik Fitnah, Pilih Perpaduan – Saarani

d1fe52620a1df5c7f13d49dc7b62f89b680d0610bda9bPengarah Pilihan Raya BN yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media sempena kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah hari ini.

TAPAH, 26 April (Iteenews) — Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti jelas sokongan pengundi terhadap agenda kestabilan yang dibawaKerajaan Perpaduan, kata Pengerusi BN PerakDatuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak itu berkatapenduduk Ayer Kuning memilih untuk menolak politik fitnah dan perpecahansebaliknya mengutamakan keharmonian demi masa depan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kemenangan kepada calon BN yang mewakili Parti Kerajaan Perpaduan malam ini. Mereka (pengundi) menerima hujah kita, mereka menerima rayuan kita, jadi saya nak ingatkan, mari kita teruskan kasih sayang ini, kita teruskan perpaduan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK itu di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Saarani berkatakemenangan itu tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata dengan keputusan itu,BN meneruskan kejayaan meraih sokongan rakyatselepas PRK DUN Nenggiri (Kelantan) dan PRK DUN Mahkota (Johor).

“Kemenangan inimembuktikan rakyat menolak politik berasaskan kebencian, permusuhan, memaki hamun dan politik perkauman yang melampau,” katanya.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said,kemenangan itumembuktikan kekuatan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan danpengiktirafan rakyat terhadap usaha berterusan memajukan kawasan Ayer Kuning.

Beliau berkata ia juga bukti jelas bahawa rakyat secara keseluruhannya terus meletakkan kepercayaan kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan dan kesinambungan kepimpinan yang telah dirintis oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin (bekas ADUN Ayer Kuning) sebelum ini.