Pemuda MCA perlu Kukuhkan Lagi Hubungan Dalam BN – Dr Mah

dc149aca736273df4132a38545e1041d67137b78c2b58 Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA di Dewan San Choon, Wisma MCA.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 34051bb93842991d88b23894f6166c8067137b5e661d3 Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon (tengah) bersama Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon dan para Perwakilan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA di Dewan San Choon, Wisma MCA.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Iteenews) — Pemuda MCA perlu mengukuhkan lagi hubungan erat dalam kalangan Pemuda Barisan Nasional (BN) sebagai penggerak penting kerjasama gabungan berkenaan, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dr Mah berkata sebagai barisan hadapan MCA, sayap pemuda parti berkenaan perlu memainkan peranannya ke arah itu selain membawa suara masyarakat Cina dan menyelesaikan isu berkenaan melalui mekanisme yang tersedia dalam BN.

Beliau berkata Pemuda MCA perlu peka serta mengambil pendirian yang tegas dalam menyatakan pendapat berkaitan kepentingan sejagat, khususnya kaum Cina.

“Kita perlu kuat dan tabahkan diri untuk menghadapi segala cabaran. MCA pernah berada di titik paling rendah, tetapi dengan sokongan dan kegigihan ahli serta pemimpin, kita kembali bangkit untuk berjuang demi kebebasan, demokrasi dan keadilan.

“Saya menyeru kepada Pemuda MCA untuk bangun menunjukkan keberanian anda demi mempertahankan maruah serta nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan keadilan,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA di Wisma MCA hari ini.

Beliau berucap dalam bahasa Mandarin dan terjemahan teks ucapannya dalam bahasa Melayu diedarkan kepada media di sini.

Dr Mah berkata kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiridi Kelantan dan Mahkota di Johor baru-baru ini membuktikan peranan MCA untuk meraih sokongan pengundi seterusnya membantu kemenangan gabungan berkenaan.

Beliau berkata kemenangan itu juga membuktikan pengundi sudah kembali yakin dengan model kerjasama pelbagai parti BN dan menghargai pembangunan serta kesejahteraan yang dibawa BN selama lebih 60 tahun.

“Pemuda MCA sebagai orang politik perlu mempunyai deria yang sensitif, dan pantas bertindak dengan tepat pada bila-bila masa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *