Pemimpin UMNO perlu fokus perjuangan dasar, polisi manfaatkan rakyat – Tengku Zafrul

e1b7a0f9e0a0e20e3d0656c544ac57ed66a4cb7555584 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz 971ae0fdfe7b9a44c5394a531ce8f68966a4cba9f23db Kredit: FB – Tengku Zafrul

GEORGE TOWN, 27 Julai (Iteenews) — Pemimpin UMNO perlu lebih fokus kepada perjuangan dasar dan polisi yang membawa manfaat kepada rakyat, kataAhli Majlis Tertinggi parti ituTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkatasebagai pemimpin, mereka juga perlu berusaha melakukan perubahan termasuk melontarkan idea baharu yang sekali gus dapat membantu UMNO untuk terus kekal relevan.

“Semua pemimpin UMNO dari peringkat bahagian hingga ke nasional perlu memainkan peranan untuk menunjukkan parti Melayu ini masih relevan di mata rakyat,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong 2024 di sini hari ini.

Turut hadirPengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Jeffri Salim.

Tengku Zafrul berkata adalahmenjadi tanggungjawab ahli parti untuk menasihatipemimpin memandangkanrakyat sedang menilai UMNO.

Beliau turut menasihati ahli agar terusistiqamah dalam usaha untuk memperkuatkembali UMNO danmembina semula kepercayaan rakyat kepada parti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *