Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (kiri) semasa sidang media pada Perasmian Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-15 hari ini.
SEREMBAN, 24 April (Iteenews) — Pemilihan semula Ketua Cabang PKR Jempol akan diadakan minggu ini susulan calon yang memenangi jawatan itu baru-baru inidisahkan masih ahli PartiPejuang Tanah Air (Pejuang), kataNaib Presiden PKRDatuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKRNegeri Sembilanberkata perkara berkenaan adalah seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.
“Dia meletakkan jawatan sebagai ahli Pejuang selepas menang (Ketua Cabang Jempol) baru-baru ini. Apabila siasatan terperinci dibuat memang sah (ahli Pejuang), kita terpaksa keluarkan demi keselamatan parti, sekarang iniparti akan menilai semua Ketua Cabang, jikaada berlaku di tempat lainkita akan ambil keputusan serupa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiriIstiadatPersidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 di sini hari ini.
Pemilihan Ketua Cabang Jempol baru-baru ini dimenangi Azizah Salim Shah yang berjaya meraih 450 undi mengatasi Manivanan Gowin (248 undi), Muhammad Asri Abdullah (83 undi) dan K. Mariappan, 52 undi.
Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh dalam kenyataan semalamberkata MPPtelah dimaklumkan berkenaan status keanggotaan calon-calon yang telah bertanding dalam Pemilihan PKR 2025.
Mesyuarat juga kata Fuziah, telah membuat keputusan dasar, iaitu seseorang anggota PKR setelah menjadi calon PKR dan kemudian didapati telah menjadi ahli mana-mana parti lain, akan digugurkan keanggotaan mereka serta hilang kelayakan untuk menjadi calon dan terbatal pencalonan mereka.