Pemilihan PKR: Segala Dakwaan Perlu Serta Bukti – Amirudin

8e54e94cb405fa960c93081281b397d56822eb880baec

KUALA SELANGOR, 13 Mei (Iteenews) — Segala dakwaanberhubung ketelusan proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada pada peringkat cabang atau pimpinan pusat, perlu disertakan dengan bukti dan bukannya bersandarkepada permainan sentimen atau hujahan tidak jelas.

Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat(JPP), telah melakukan sebaiknya dalammemastikan proses pemilihan barisan kepimpinan sesi 2025-2028 berlangsung secara adil dan telus.

“JPP telah pun melaksanakan proses pengundian semula di beberapa cabang yang didapati (berlaku ketidakadilan) dan itu bukti JPPcuba yang terbaik. Namun, dakwaan berkaitan hal itu (ketelusan) masih dibuat oleh mereka yang kecewa ataupun masih tidak berpuas hati.

“Laporan dan audit pemilihan peringkat cabang secara menyeluruh sudah pun dibentangkan kepada pimpinan pusat baru-baru ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej A dan Pakej C, di sini hari ini.

Pemilihan kepimpinan pusat pada 23 Mei ini bermula 8 pagi hingga 5 petang, akan dijalankan menerusi dua kaedah, iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres Angkatan Muda Keadilan(AMK)Pusat dan Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru, Johor.

Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal akan dilaksanakan di International Technology and Commercial Centre (ITCC), Penampang dan Penview Convention Centre, Kuching, sementara perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat tidak perlu hadir secara fizikal kerana pengundian akan dibuat secara dalam talian pada tarikh dan masa yang sama menerusi aplikasi ADIL.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres AMK dan Kongres Wanitadijadualkan berlangsung dari 22hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, di Kelantan,Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor menyeru ahli parti supaya bersikap matang dan tidak mengambil sikap melaga-lagakan pemimpin.

“Sesiapa sahaja boleh bertanding tetapi kita boleh menyokong kepada kepimpinan yang boleh menggerakkan parti terutama pada pilihan raya nanti.