Pemilihan PKR: Ramanan Fokus Bawa Suara Rakyat, Akar Umbi

f5d3fa4e702d6fb6399b3c10aa9f3a93681c80e173538Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R Ramanan–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

JOHOR BAHRU, 22 Mei (Iteenews) –Timbalan Ketua Penerangan 1 PKRDatuk Seri R. Ramanan berkata fokus utama beliau menawarkan diri bertanding Naib Presidenbagi pemilihan parti sesi 2025-2028adalah untuk membawa suara rakyat dan akar umbi kepada arus pimpinan perdana.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata suara rakyat serta akar umbi perlu dijadikan panduan tetap dalam merangka dasar dan membuat keputusan parti.

“Kekuatan sebenar PKR bukan hanya terletak pada tokoh pimpinan, tetapi berpaksikan kepadakesetiaan akar umbi yang sentiasa mendukung parti dalam apa jua keadaan.

“PKR adalah parti untuk semua rakyat Malaysia. Di dalam rumah ini, perpaduan adalah tiangnya, dan kesetiaan akar umbi adalah nadinya. Tanpa akar umbi, parti hilang rohnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal komuniti India berkata hanya dengan mengambil kira pandangan rakyat secara berterusan, sesebuah parti mampu dibina sebagai entiti yang benar-benar mencerminkan aspirasi dan wajah rakyat.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata untuk itu beliau bertekad untuk membawa suara Malaysia MADANIyang menekankan perpaduan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial.

“Saya percaya dengan perpaduan, kesetiaan dan semangat akar umbi, kita akan bangkit lebih kuat dan menjadi kekuatan utama dalam kerajaan perpaduan.

"Selepas pemilihan ini, kita perlu bersatu padu di bawah satu bumbung untuk memperkasakan dan memperkukuhlagi jentera parti ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita semua satu keluarga,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh ahli dan perwakilanagar memperkukuh semangat perpaduan dan kesetiaan demi kelangsungan perjuangan PKR yang berteraskan reformasi dan keadilan.