KUALA LUMPUR, 7 Mei (Iteenews) –Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan membuat keputusan terbaik berhubung cadangan akar umbi dan pimpinan yang mahukan beliaubertanding Timbalan Presiden pada pemilihan parti bagisesi 2025-2028.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Nurul Izzah yang juga PengerusiMajlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang berkata keputusan itu, mestilah mengimbangiantara kesepakatan, jalinan dengan persahabatan dan perubahan serta reformasi bermakna buat semua anggota.
“Setulusnya, saya menghormati dan menghargai pandangan akar umbi untuk saya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Keadilan.
“Keadilansedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbangkan bukan sahaja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga keperluan membawa nafas baharu dan perubahan bermakna demi memastikan parti ini terus relevan dan diyakini rakyat Malaysia,” katanya.
Nurul Izzah berkata kata putus yang diberikan bukanlah untuk mana-mana individu, tetapi demi usaha membina masa depan partisecara bersama di kala suka dan duka.
Hari ini, Nurul Izzah terus menerima sokongan untuk bertanding jawatan nombor dua parti daripada Ketua Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan MPN Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid,Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perakserta Ketua Cabang LabuanSimsudin Sidek.
Semalam, lima ketua cabang iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri (Hang Tuah Jaya), Mohd Khuzaire Mohd Kamal Kannan (Alor Gajah), Azlan Osman (Tangga Batu), Jagatheason Ramiah (Jasin) dan Md Yusoff Ahmad (Kota Melaka) turut menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah bertanding jawatan tersebut.
Turut menyatakan sokongan ialahPengerusi MPN Selangor yang juga Naib Presiden Datuk Seri Amirudin SharidanKetua Cabang TapahAzam Afandi.
Pada 15 Mac lepas, Nurul Izzah menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya pada pemilihan PKR bulan ini. Jawatan Timbalan Presiden PKR kini disandang Menteri Ekonomi Datuk SeriRafizi Ramli.