Pemilihan PKR: Fasa Satu Pemilihan Cabang Selesai, Masuki Fasa Dua – Zaliha

1bef41bebbf7412f4c30f060a789493867fb8ea524792

KUALA LUMPUR, 15 April (Iteenews) –Pemilihan PKR 2025bagi fasa satu membabitkan peringkat Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang di tujuhnegeri pada Jumaathingga Ahadlepas, selesai diadakan.

PengerusiJawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkataJPP kini dalam persiapan untuk fasa duapengundian melibatkan Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah bermula 18 hingga 20 April ini.

Fasa satu membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan danSarawak yang bermula 11 hingga 13 April.

“JPP ingin menasihati kepada semua pengundi bagi fasa duauntuk memuat turun aplikasi Adil atau mengemas kini aplikasi berkenaankepada versi yang lebih baharu, bagi persiapan proses pengundian,” katanya menerusihantaran di Facebook Pemilihan Keadilan 2025 hari ini.

Dr Zaliha berkata JPP juga mengambil maklum dengan bantahan berkaitan keputusan pengundian Pemilihan Keadilan 2025 dan akan meneliti setiap bantahandikemukakan.

“Segala keputusan berkenaan dengan bantahan akan diumumkan selepas semua proses pengundian di peringkat Cabang selesai,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu.

Pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) pula, ditetapkan pada 24 Mei ini.