Pemilihan PKR: Fahmi Ikrar Bantu Parti Rencana Langkah Menuju PRU16, PRN

bbd76b8578f45555a55f4a9635ddc186682621ff08d3b Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemu bual pemberita pada Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo malam ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA fa870e17e9e3d56e25192b297f3ea1516826224f52c8f Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Fahmi Fadzil beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo malam ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEPALA BATAS, 15 Mei (Iteenews) — Merencana langkah menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datangmenjadi keutamaan Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil yang menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR sesi 2025-2028.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP bagi membantu parti berusia 26 tahun itu termasuk persiapanmanifesto.

“Kita sudah pasti perlu mula merencana langkah-langkah menuju PRU16, malah kita tahu dalam masa terdekat ada PRN Sabah, Melaka dan Johor. Jadi, gerak kerja pertama yang perlu dilaksanakan bukan hanya PKR, tetapi sudah pasti banyak parti lain ialah persiapan menuju pilihan raya ini.

“Dari segi persiapan manifestonya, persiapan gerak kerja mendekati akar umbi, menyantuni rakyat, menyelesaikan masalah serta memahami dasar yang perlu diketengahkan. Ini akan menjadi antara keutamaan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo di sini malam ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung parti, Dr Fuziah Salleh.

Fahmi turutmenasihati semua calon supaya bertanding secara sihat dengan menyampaikan hujah serta pandangansekali gus memperkukuhkesepaduan dalam parti bagi membantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merealisasikan segala agenda reformasi serta pembangunan yang sedang direncana.

Mengulas pertandingan antara Nurul Izzah Anwar dengan Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi bagi jawatan Timbalan Presiden, Fahmi menyifatkan ia sebagai pertandingan antara dua susuk yang mempunyai sejarah lama dan bersama parti dari awal penubuhan.

“Saya lihat kedua-duanya ada teknik sendiri, ada cara sendiri untuk mereka menyampaikan pandangan, visi mereka kepada perwakilan, ada yang menggunakan statistik, ada yang menggamit memori, berhujah menggunakan slide, membina mood, semangat dan perjuangan.

“Saya rasa dua-dua tokoh ini mempunyai keupayaan masing-masing dan mempunyai penyokong masing-masing, Nurul Izzah telah memegang jawatan naib presiden sejak 2010 manakala Rafizi telah membantu parti kembalikan kegemilangan terutama selepas berlaku Langkah Sheraton,” katanya.