Pemilihan PKR: Anwar Ingatkan Jangan Bermusuh

13d88df7a6c58b66cba59c787e5b3d21682b1bde9fb84–fotoFB Anwar Ibrahim

LANGKAWI, 19 Mei (Iteenews) — Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti supayatidak bermusuhan walaupun berlaku persaingan sengit atau perbezaan pendapat semasa pemilihan.

Anwar berkata mereka perlu menerapkan sifat ihsan serta berkasih sayang dalam diri masing-masing supaya setiap pertikaian dapat dileraikan dengan baiksekali gus meredakan 'kehangatan suhu'dalam parti.

"Saya yakin walaupun dalam pemilihan parti ada persaingan sengit tapi selesaikan dan santuni semula dan bermaaf-maafan. Jangan ambil sikap bermusuh walaupun berbeza pendapat.

"… yang bersaing (jawatan) timbalan, naib presiden, pemuda, wanita adalah dalam kalangan sahabat lama dan setia dan sebahagian besar adalah pejuang asal yang banyak berjasa," katanya selepas merasmikan pejabat PKR Langkawi di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam berkempen setiap kenyataan perlu dikeluarkan secara berhati-hati dan jangan sesekali menafikan jasa serta pengorbanan mereka yang sudah lama berkhidmat dalam parti.

Perdana Menteriberkata berdasarkan pemerhatiannya pada senarai calon untuk pemilihan kali ini, ramai yang layak untuk dilantik bagi memegangjawatan tertinggi dalam parti.

"Saya tengok senarai, ramai cukup layak. Kalau ada dua jawatan timbalan, dua orang saya sokong. Kalau tengok semua ada rekod yang baik.

"Tapi kalau dahpilih A atau B atau C, janganlah rendahkan martabat orang lain. Dalam perjuangan kena ada adab dan akhlak dan jangan lupa teras MADANI…ini soal nilai, kena jaga sebagai teras. Soal akhlak jadi keutamaan," katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan supaya jentera parti diperkukuhdan usaha memperkasakan keahlian dipergiat selainkegiatan untuk menambah ahli baharu perlu lebih proaktif khususnya diperingkat ranting.