Pemilihan PKR 2025: Rafizi Pertahan Pandan, Amirudin Dan Ramanan Menang Tanpa Bertanding

248a7f6edb301c1c11728f6acf2a939367628bc3265c8Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 13 April (Iteenews) –Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Pandan pada Pemilihan PKR 2025 di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, yang berlangsung semalam.

Kemenangan Rafizi yang juga penyandang bagi cabang berkenaan sejak 2018, dipaparkan menerusi laman rasmi Pemilihan PKR 2025 dihttps://pemilihan.keadilanrakyat.org, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu menewaskan pencabarnya Shahrom Musa selepas memperoleh 883 undi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan pula, masing-masing menang tanpa bertanding.

Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Gombak, manakala Ramanan yang juga Ketua Penerangan 1 PKR, bagi jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Buloh.

Penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet, turutberjaya mempertahankan jawatannya sebagaiKetua Cabang PKR Ampang dalam persaingan tiga penjuru.

Altimet yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya memperoleh 1,926 undi, sekali gus menewaskan dua pencabarnya iaitu Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Mohd Kamri Kamaruddindan Azrul Azwar Ahmad Tajudin, yang masing-masingmendapat 1,637 dan 236 undi.

Semalam, 75 peratus ahli PKR menunaikan tanggungjawab mereka untuk Pemilihan PKR di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMKCabang melibatkan tiga negeri iaitu Selangor, Melaka dan Perlis, manakala di Kedah hanya pemilihan AMK Cabang.

Di MELAKA, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menang jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya, manakala Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli tewas bertanding Timbalan Ketua Cabang berkenaan.