JOHOR BAHRU, 23 Mei (Iteenews) — Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 pagi ini tertumpu kepada proses pemilihan kepimpinan baharu parti bagi sesi 2025-2028.
Proses bagi memilih kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu bermula 8 pagi dan berakhir5 petang, membabitkan keseluruhan 32,030 pengundi secara fizikal dan dalam talian.
Ia akan dijalankan menerusi dua kaedah, iaitu secara pengundian fizikal oleh perwakilan Kongres Pusat, Kongres AMKPusat dan Wanita Pusat, masing-masing di Berjaya Waterfront Hotel dan Pusat Konvensyen Danga Baydi sini.
Bagi Sabah dan Sarawak, pengundian fizikal akan dilaksanakan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di Penampang serta Pusat Konvensyen Penview di Kuching.
Sementara itu, perwakilan biasa dan perwakilan tambahan bagi Kongres Pusat, AMK Pusat dan Wanita Pusat akan mengundisecara dalam talian pada masa sama menerusi aplikasi ADIL.
Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diribertanding dalam pemilihan, merangkumi 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan AMK dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimtidak dicabar bagi jawatan Presiden, manakala jawatan Timbalan Presidenmenyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Nurul Izzah Anwar danMenteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli selaku penyandang.
Bagi jawatan Naib Presiden pula,12 ahli telah mengemukakan pencalonan masing-masing, termasuk empat penyandang, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad(Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Chang Lih Kang (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sementara itu, Timbalan Ketua AMK Muhammad Kamil Abdul Munim yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewanganturut tidak dicabar bagi jawatan Ketua AMK, manakala jawatan Ketua WanitaPKR menyaksikan pertembungan satu lawan satu antaraFadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan denganAhli ParlimenAmpangRodziah Ismail.