Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil — fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
SHAH ALAM, 14Mei (Iteenews) — Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata keputusan parti untuk menggunakan sistem baharu dalam pemilihan cabang baru-baru ini turut menggambarkan PKR, sebuah parti yang menjamin integriti sesiapa yang dipilih tanpa gangguan mana-mana pihak.
“Kali ini parti telah buat keputusan awal untuk memanfaatkan teknologi dan tidak membenarkan berkumpul beramai-ramai untuk (proses) mengundi di peringkat cabang. Kita dapati proses seperti itu amat membantu menjaga tertib dan disiplin.
“Malah keputusan itu bagi saya tepat kerana pertama menunjukkan PKR sebuah parti yang pandang ke depan, memanfaatkan teknologi seperti blockchainuntuk tujuan menjamin integriti pemilihan utuh dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak, di samping disiplin (ahli) patuh keputusan parti untuk tidak berkumpul lebih 50 orang di satu-satu tempat,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada programwawancara khas Interviu terbitanSinar Harian yang disiarkan malam tadi.
Mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa pemilihan PKR kali ini sebagai bising, Fahmi berkata prosesnya jauh lebih tenang tanpa mana-mana pemilihan terhenti atau tergendala sepenuhnya berbanding sebelum ini, terutamanyayang pernah dilihat pada2019, iaitu sebelum berlakunya Langkah Sheraton.
“Bagi saya ia seribu kali lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sangat tidak setuju bahawa ia adalah pemilihan yang bising, tapi kita semua faham demokrasi itu bingit, ia bingit, tapi bukan chaos.
“Jadi kebingitan itu penting, menjadi cerminan kepada kerencaman pandangan dan sikap. Itulah demokrasi. Bagi saya ini peluang baik untuk parti diberi satu semangat baharu tanpa kita meninggalkan mana-mana pihak,” katanya.
Sementara itu Fahmi berkata beliau percaya kepimpinan parti akan berlaku adil dalam meletakkan seseorang itu di tempat yang selayaknya untuk terus mengukuhkan hala tuju parti walaupun tewas atau tidak terpilih pada akhir proses pemilihan.