Pemerkasaan Ekonomi Dan Pendidikan Harapan Komuniti India DUN Mahkota

8ea78572b2206cdc147770556c725c7f66ea826e78817Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah ketika hadir program ramah mesra bersama masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Balai Raya Padang Tembak hari ini.PRK DUN Mahkota yang akan diadakan pada 28 September ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Syed Hussien dan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 18 Sept (Iteenews) — Pengundi India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berharap wakil rakyat baharu yang akan dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu nantiakan terus memastikan kebajikan berkaitan golongan itu terbela.

Mereka yang ditemui Iteenews berkata antara perkara yang menjadi keutamaan ialah memperluas peluang pendidikan kepada pelajardan remaja India, selain memperkasakan sektor ekonomi setempat yang melibatkan kaum berkenaan.

Kakitangan swasta Alloycius Leroy, 29, berkata peluang pendidikan yang lebih baik tidak dinafikan dapat membuka peluang pekerjaan seterusnya membantu mereka memberi kehidupan lebih stabil kepada keluarga pada masa hadapan.

"Peluang dan bantuan lain kepada komuniti India juga perlu diberi perhatian, seperti bantuan dan tunjuk ajar dalam bidang perniagaan khususnya kepada anak muda untukmenggalakkan mereka menceburi bidang itu yang seterusnya membantu keluarga lain di sini.

"Paling penting, kita mahu wakil rakyat yang mendengar suara hati kitakomited dengan tanggungjawab danbukan sekadar turun padang meraih undi dan hilang selepas tamat pilihan raya. Beliau mesti sentiasa bersedia untuk menyelesaikan isuyang dihadapi komuniti India," katanya kepada Iteenews di sini hari ini.

Pengundi India di DUN Mahkota yang terletak di dalam daerah Kluang adalah sebanyak lapan peratus daripada keseluruhan 66,318 pengundi berdaftar.

Senadaialah Shanta Sabrimuthu, 61, yang turut berharap tumpuandiberikan kepada usaha bagi meningkatkan lagi peluang pendidikan untukgolongan muda komuniti India di situ.

"Saya harap wakil rakyat yang akan diberikan mandat nanti boleh sediakan lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajarandan bantuan pendidikananak-anak India terutamanya kepada yang kurang berkemampuan supaya mereka boleh belajar dengan tenang," katanya.

Penduduk Taman Makmur Rajan Naidu, 50, pula mengharapkan wakil yang akan dipilih mempunyai semangat jiwa rakyat yang tinggi dantidak kekok untukmendekati komuniti India di DUN berkenaan, seperti yang telah ditunjukkanwakil rakyat terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *