PBB Teguh Sebagai Parti Yang Inklusif Dan Utamakan Keharmonian Kaum

4df076f8e9b3cfa0e812ac267b4373b167828776bd51cPremier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menekan butang sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan PBB Zon Tengah Sarawak di Stadium Tertutup Sibu.

SIBU, 11 Jan (Iteenews) –Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.

Setiausaha Agung PBB Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata parti itu menjadi asas yang kukuh kepada kestabilan politik dan sosial di Sarawak walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan perubahan suhu dan iklim politik.

Walau bagaimanapun, beliau berkata sebagai sebuah parti yang mendalami nilai-nilai perpaduan dan keharmonian, ia tidak boleh leka dengan pencapaian yang telah ada.

“Kita perlu sentiasa melihat ke depan dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks dan mencabar,” katanya semasa perasmian Persidangan Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Tengah oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Dalam konteks itu, Nanta berkatagenerasi muda perlu memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan kelangsungan perjuangan PBB.

“Generasi muda adalah pemimpin masa depandan kehadiran mereka dalam PBB memberi harapan baru kepada parti ini dan Sarawak secara keseluruhannya.

“Mereka bukan sahaja mewarisi legasi perjuangan, tetapi juga menjadi peneraju dalam mengembangkan visi dan strategi baru untuk memajukan Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya menekankan generasi muda PBB harus menjadi agen perubahan, penggerak inovasiserta pembawa idea segar untuk memastikan Sarawak sentiasa berada di landasan yang betul dalam pembangunan ekonomi, sosialdan politik.

Melalui program-program keusahawanan, pendidikandan teknologi, generasi muda PBB berperanan penting dalam memastikan Sarawak bukan sahaja terus relevan dalam konteks global tetapi juga berdaya saing di peringkat antarabangsa.