Parti Komponen GRS Perlu Perkukuh Hubungan Baik, Perpaduan – Hajiji

ca6aca97bd80eeb7f54dc9363c06286665f5b53ee3fbd

KOTA KINABALU, 17 Nov (Iteenews) — Parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menjadi rakan kongsi perlu memperkukuhhubungan baik demi perpaduan dan kecemerlangan bersama, kata PengerusinyaDatuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata lapan parti yang bergabung dalam GRS termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP)merupakan gabungan parti-parti politik terbesar di Sabah pada masa ini.

Beliau berkata melalui gabungan itusudah menunjukkan kesatuan dan kekuatan GRS dalamperjuangan sekali gusmencerminkan kesediaan, kesatuan dan solidariti orang Sabah dalam memperjuangkan hak negeri dan rakyat berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama.

“Saya ingin mengajak rakan-rakan dalam LDP selaku ahli parti komponen GRS agar melihat kerangka perjuangan yang lebih besar dalam apa juga gerakan dan tindakan,”katanya ketika berucap pada persidangandan pemilihan LDP di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hajiji berkata GRS kini turut berdepan cabaran dengan pelbagai fitnah dantaktik pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan GRS dan PH plus.

Beliau berkata semuapembohongan dan fitnah yang disebarkanitu bukan sahaja perlu disangkal tetapi wajar dipatahkan agar rakyat tidak terus tertipu atau termakan hasutanhasil perbuatanyang ingin menjatuhkan kerajaan secara kotor sertatidak bermoral.

“Saya yakin LDP mampu memainkan peranan yang penting dalam membendung dan memerangi segala dakyahdan taktik kotor yang digembar-gemburkan oleh pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata LDP sentiasa memberi sokongan penuh kepadaGRS yang dipimpin oleh Hajiji untuk memastikankemenangan parti itu pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Beliau berkata dengan sokongan itu, Sabah akan terus memiliki autonomi lebih besar untuk menjaga kepentingan negeri Sabah dan suara didengari serta keperluan negeri dipenuhi.