Parti Boleh Ambil Tindakan Jika AJK Cabang Ugut Letak Jawatan – Fahmi

bbd76b8578f45555a55f4a9635ddc186682621ff08d3bKetua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Fahmi Fadzil ketika ditemu bual pemberita pada Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo malam ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KEPALA BATAS, 16 Mei (Iteenews) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang yang mengugut untuk meletakkan jawatan selepas kemenangan dalam pemilihan cabang baru-baru ini atau cuba menggugat kelancaran perjalanan Kongres Nasional PKR.

Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil berkata individu yang bertindak sedemikian juga berkemungkinan berdepan tindakan disenarai hitam daripada bertanding sekiranya pemilihan Cabang terpaksa diadakan semula akibat peletakan jawatan mereka itu.

“Setiausaha Agung PKR (Dr Fuziah Salleh) ada sebut tadi mengenai beberapa Cabang yang telah mengugut meletak jawatan AJK hanya kerana mereka tidak setuju atau tidak suka Ketua Cabang (yang menang).

"Apa yang Setiausaha Agung telah sebutkan, sekiranya mereka mengambil tindakan seperti itu (mengugut meletak jawatan) maka keputusan telah dibuat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Fuziah ialah sekiranya perlu diadakan pertandingan semula, semua mereka yang terlibat dalam tindakan itu mungkin disenarai hitam dan diharamkan bertanding semula," katanya kepada pemberitaselepas menghadiri Jelajah Kita Keadilan di Dewan Tok Mat Yahoo di sini malam tadi yang turut dihadiri Fuziah.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan AJK Cabang Lenggong dan Masjid Tanah yang mahu meletakkan jawatan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti itu, bulan lepas.

Bagaimanapun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata setelah maklumat disampaikan kepada AJK dua cabang berkenaan, kedua-dua kumpulan terbabit telah mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk meletakkan jawatan dan akhirnya membatalkan hasrat berbuat demikian.

Selain itu, Fahmi berkata perjalanan pemilihan berlangsung dalam suasana meriah malah di peringkat cabang juga aman tanpa sebarang insiden kekerasan, merosakkan harta benda atau mengganggu ketenteraman awam sekali gus menyaksikan pemilihan kali ini jauh lebih berkesan dan baik berbanding sebelum ini.

Sementara itu mengenai persiapan Kongres Nasional PKR pada 23 hingga 25 Mei ini di Johor Bahru, Fahmi berkata persediaan berjalan lancar dengan usaha Jelajah Kita Keadilan oleh Pejabat Setiausaha Agung dengan JPP yang telah pergi ke beberapa lokasi.

"Ia akan terus dilaksanakan hingga minggu depan. Ini adalah langkah yang baik dan neutral, kita tidak membenarkan atau berkempen secara kelompok atau berkumpulan, malah nanti hari pemilihan juga tidak dibenarkan menggunakan "cai" ataupun menu.