Nurul Izzah Sasar PKR Tanding 13 Kerusi Pada PRN Sabah

f85b981bafdaf0370b6ecbd27c6abb5a68318f65660cb Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berucap pada sesi penggulungan sempena Kongres Nasional PKR 2025 di Persada Johor International Convention Centre, hari ini.

JOHOR BAHRU, 24 Mei (Iteenews) –Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menggesasupaya PKR diberikan 13 kerusi untuk bertanding padaPilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

"Kita kena minta Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk berunding untuk kita dapatkan 13 kerusi untuk negeri Sabah.

"Kita kena pastikan jentera turun beramai-ramai untuk bantu berkempen di PRN dan semoga Allah membantu kita memberi kekuatan dan yang paling penting, kita kena menang sebagai sebuah gerakan," katanya pada sesi penggulungan ucapan dasar Presdein pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025, di sini hari ini.

Kongres itu dihadiri Anwar yang juga Perdana Menteridan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepimpinan parti.

Dalam ucapan itu, Nurul Izzah turut menyentuh mengenai keperluan untuk perpaduan semula seluruh ahli parti selepas pemilihan selain menggesa supaya program membantu rakyat terus digerakkan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberitaselepas kongres, Nurul Izzah mengingatkan setiap calon yang bertanding pada pemilihan sebelum ini supaya terus mempertahankan semangat setia kawan.

“Pada semua yang bertanding, yang menang dan yang mungkin tidak menang kali ini, apa pun kita harus pertahankan dan jaga semangat setiakawan kita kerana itulah yang mendasari dan kami dalam konteks pimpinan PKR mahu menjadi mata-mata dan penyelenggara supaya sentiasa saling mengingatkan, sentiasa berpegang pada prinsip,” katanya.