Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-20 di Ipoh Convention Centre (ICC).– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
IPOH, 8 Sept (Iteenews) — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kekalmenerajui DAP Perak, selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Negeri di Konvensyen Biasa DAP Negeri Perak ke-20 di sini hari ini.
Nga berkata beliau kini memegang jawatan Pengerusi DAP Perak memasuki tahun ke-11 selepas pemilihan yang diadakan sekali dalam tiga tahun.
Lebih manis buat pasukannya, beliau berkata kesemua 15 calon yang dikemukakan oleh jawatankuasa negeri, menang tanpa bertanding.
“Ini bagi kami pasukanStronger Togetheradalah satu tanggungjawab, satu amanah yang amat berat sekali, kami akan pandang serius tentang keyakinan ahli-ahli kepada seluruh jawatankuasa.
“Kami akan pastikan dengan berbekalkan prinsip 3B, berkhidmat, berbakti dan berjasa, DAP akan terus membantu rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media selepas konvensyen berkenaan.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook merasmikan konvensyen itu.
Ketika berucap pada konvensyen itu, Nga mengucapkan terima kasih kepada empat individu iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong M. Thulsi, ADUN Keranji Angeline Koo Hai Yen, ADUN Jelapang Cheah Pou Hian dan ADUN Tronoh Steven Tiw Tee Siang, yang menarik diri bagi memperkukuhkan pasukan berkenaan.
“Sebenarnya ada 19 orang dicalon, kita hanya boleh memilih 15, oleh kerana itu ada empat orang saudara saudari yang dicalon telah menarik diri secararela. Saya nak puji semangat pengorbanan ini.
“Keempat-empat orang ini dicalon, tetapi atas semangat Stronger Together mereka telah menarik diri untuk memastikan jawatankuasa negeri yang ada pada hari ini untuk mencatatkan kemenangan 100 peratus, suatu yang tidak pernah berlaku,” katanya.