Muhammad Faiz Fadzil
KLANG, 30 Mei (Iteenews) — Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyarankan nelayan di seluruh negara supaya terlibat dalamaktiviti pemasaran bagi meningkatkan pendapatan golongan berkenaan.
Pengerusi LKIMMuhammad Faiz Fadzil berkatapihaknyasedang menyusun strategi lebih agresif bagi mengangkat martabat nelayan untuk turut menjadi peniaga yang akan dikelola persatuan nelayan kawasan (PNK) dan seterusnya persatuan nelayan negeri.
Beliau berkata usaha ituperlu memandangkan pendapatan sebahagian besar nelayan kekal di takuk yang sama saban tahun sehingga memerlukan bantuan daripada banyak pihak termasuk kerajaan.
"Saya mendapati banyak syarikat seperti pasar raya meraih keuntungan besar (daripada hasil tangkapan nelayan) sehingga tersenarai di bursa saham sedangkan bukan mereka yang bersusah payah turun ke laut.
"Perkara itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan mengenai kedudukan nelayan dalam struktur ekonomi negara, sungguh menyedihkan kerana ramai masihhidup dalam kemiskinan,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri Selangor (PENEGOR) ke-40 di Bandar Bukit Tinggidi sini hari ini.
Beliau berkatainisiatif melibatkan nelayan dalam aktiviti pemasaran juga berpotensi direalisasikan menerusi bidang akuakultur sejajar dengan sasaran kerajaan untuk memastikan industri itu menyumbang 40 peratus bekalan ikan negara menjelang 2030.
"Dengan hasrat menubuhkan Gagasan Nelayan Jaga Nelayan dalam tempoh 10 tahun akan datang, saya menyeru semua nelayan untuk menambah keyakinan bahawa mereka mampu keluar daripada kepompong kemiskinan.
"Mulai hari ini, para nelayan menerusi persatuan masing-masing perlu mengubah pemikiran untuk memperkemas struktur tadbir urus sedia ada bagi mengelakkankhazanah perikanan kita dimonopoli pihak tidak sepatutnya," katanya.
Sementara ituMuhammad Faiz berkata40,000 nelayan di seluruh negara yang menerima subsidi bahan apiberjumlah RM1.6 biliondiingatkan supaya sentiasaamanah dengan tindakan tegas akan diambil terhadap merekayang ingkar.