Negeri Sembilan Telah Tunaikan 95 Peratus Manifesto Prn – Aminuddin

b2947e6fe1b44e34cc9267f612f6988b660d45a55a148Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 13 Ogos (Iteenews) — Kerajaan Negeri Sembilan telah menunaikan95 peratus manifesto AspirasiPerpaduan Negeri Sembilan yang digariskan padaPilihan Raya Negeri (PRN) meskipun usia pemerintahan baharu mencecah setahun, semalam, kataMenteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata sebahagianinisiatifdi bawah Skim Sejahtera Rakyat itu termasukbantuan perkahwinan RM500 kepada setiap seorang anak negeri yang mendirikan rumah tangga untuk kali pertama dansumbangan keceriaan tahunan sebanyak RM200 kepada warga emas berusia 70 tahun ke atas.

Beliau berkata selain itu, kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri inijuga amat baik, sekali gus membantu kepada pembangunan ekonomi yang lebih pesat selain menarik kedatangan pelabur.

"Pembangunan yang ada hari ini adalahatas kerjasama yang erat bagi memastikan Negeri Sembilan terus berjaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan di sini hari ini.

Gabungan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) sebelum ini menawarkan 70 inisiatif di bawah 10 teras utama dalam manifestonya untuk rakyat Negeri Sembilan termasuk pendidikan dan modal insan, kesejahteraan rakyat, pertanian, kebajikan, tanah serta perumahan.

Ditanya mengenai penyelarasan kenaikan gaji penjawat awam, Aminuddin berkata kerajaan negeri sentiasa menyokong dan akan mengikuti sepenuhnya keputusan kerajaan Persekutuan.

“Dalam Konsultasi Belanjawan Pentadbiran Kerajaan Negeri baru-baru ini, kita ada bincang perkara itu sebelum sebarang keputusan dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, pada majlis hari ini, beliau berkataseramai 180 pelajar cemerlangmenerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dengan keseluruhanperuntukan berjumlah RM900,000.

Beliau berkata kerajaan negeri sebelum ini telah memperuntukkan RM2.42 juta insentif bagi tahun ini kepada 484 siswazah cemerlang melalui Yayasan Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *