Muafakat Nasional Sabah Dibubar – Pengerusi

567c043910b58edd7c7df7f1f4c730da66d065259596d

KOTA KINABALU, 29 Ogos (Iteenews) — Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah dalammesyuarat yang berlangsung semalamdan membubarkan badan bukan kerajaan (NGO) itu berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi MN Sabah Jismit Japong berkata keputusan itu dibuat kerana mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusinya iaituTan Sri Annuar Musa dan kepimpinan pusat NGO tersebut.

Beliau berkatakepimpinan pusat MNjuga tidak membuat sebarang perbincangan dengan Sabah berhubung pelantikan dua Ahli Dewan Tertinggi walaupun sebelum ini memberi mandat autonomi kepada MN Sabah.

“Pelantikan itu bercanggah dengan prinsip dan konsep MN keranaperkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran MN Sabah, perlu juga pihak MN Sabah diberi ruang untuk perbincangan bersama demi keutuhan MN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Jismit berkata surat pembubaran itu akan diserahkepada MN pusat dalam tempoh 14 haridan pihaknya kini merancang menubuhkanNGO baharu yang memfokuskepada kebajikan dan ekonomi Sabah.

Semakan di laman sesawang rasmiMN (https://muafakatnasional.org.my/) memaklumkan bahawa MN bukan sebuah parti politik sebaliknya NGO yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *