MT UMNO Tarik Balik Penggantungan Enam Tahun Keahlian Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak

e3361b787f17204e8a547c6e5b879aa1674495b86b288Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki –fotoBERNAMA (2024)

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) — Majlis Tertinggi (MT) UMNO menarik balikpenggantungan keahlian bekasAhli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat MT di sini malam ini, memaklumkan keputusan sebulat suara itu dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan parti.

“MT sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti itu.

Beliau dilaporkan telah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut memaklumkan mengenai pelantikan Pengerusi Veteran UMNO MalaysiaDatuk Othman Desa sebagai ahli MT UMNO.

“Majlis Tertinggi mengucapkan tahniah atas pelantikan Pengerusi Veteran UMNO MalaysiaDatuk Othman Desa sebagai ahli MT,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat pada malam ini antara lain turut membincang dan memperincikan tentang Kerajaan MADANI yang genap dua tahun Sabtu lepas, yang terbukti menjadi formula ampuh berteraskan semangat perpaduan dan kepelbagaian kaum dan agama.

“Ia perlu terus didukung dan dipertahankan demi kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara. Ahli mesyuarat juga bersepakat meminta supaya segala usaha untuk memperkukuh dan mempererat lagi hubungan dalam kalangan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan, untuk terus dipertingkatkan.