Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Iteenews) — Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKRmenasihati semua ahlinya agar menerima secara terbuka keputusan pemilihan parti itu tahun ini, kata Ketua Penerangan PKRDatuk Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi ituberkata perkara tersebut dipersetujui semua pihak dalam mesyuarat MPP semalam.
"MPP telah memutuskan bahawa kita move on, kita move forward dan ia telah dipersetujui oleh semua pihak.
"Ini adalah waktu di mana seluruh saf kepimpinan dan juga anggota akan dapat mengumpul balik seluruh kekuatan tidak kira siapa yang menang ataupun kalah," katanya pada sidang media selepas melancarkan TV5 Free-to-Air Digital Movie Channel di sini hari ini.
Beliau berkata semua ahli parti perlu memastikan usaha dan agenda Kerajaan MADANI dapat dilaksanakan dengan baik sehingga tamat penggal.
Ditanya perkara yang meyakinkan ahli untuk menerima keputusan itu, Fahmi berkata hasil audit dalaman dan luaran menunjukkan sistem e-pengundian menggunakan sistem blockchain tidak menyaksikan sebarang bukti pencerobohan, manipulasi dataataupun defectpada sistem.
"Integriti sistem adalah dalam keadaan baik, tidak ada apa-apa bukti gangguan daripada pihak kedua atauketiga. Apa yang diinput itulah yang dioutput. Jadi ini yang disampaikan semalam," katanya.
Mengulas mengenai kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli pada mesyuarat MPP semalam, Fahmi berkata Ahli Parlimen Pandan itu hadir dalam keadaan yang baik untuk mendapatkan maklum balas mengenai hasil kajian audit Pemilihan PKR 2025.
“Kehadiran beliau adalah bagi mendapatkanmaklum balas hasil kajian audit yang telah dilaksana oleh juruaudit luar terhadap sistem.