Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Mohamad Haizan Jaafar (kanan) ketika ditemui pada perjumpaan dan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh individu, di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KLUANG, 20 Sept (Iteenews) — Perikatan Nasional (PN) tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenaiperuntukanuntukAhli Parlimen Pembangkang, kata pengerusinyaTan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu itu juga sekali lagi menegaskan mereka tetap dengan keputusan menolak MoU peruntukan berkenaan yang disifatkanbertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia.
“Tak ada, tak apalah Ahli Parlimen kita (pembangkang) berlapang dada. Tidak apa anda tidak berikan kepada kami, kami boleh teruskan berjuang untuk rakyat…susah rakyat, kita akan tolong buat apa yang kita termampu buat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada perjumpaan dan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh individu,di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan calon PN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Mohamad Haizan Jaafar.
Semalam,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU itu.
PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah denganMohamad Haizan.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.