TAPAH, 7 April (Iteenews) — Pemilihan Dr Mohamad Yusri Bakir yang memiliki latar belakang agama dan berkelulusan tinggisebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dilakukan selepas meneliti laporan daripada pelbagai pihak.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata pihaknya telahmelakukan penelitian terhadap latar belakang enam individu yang disenarai pendek sebelum memutuskanDr Mohamad sebagai calon BN.
“Alhamdulillah Dr Yusri telah terpilih dan insya-Allah pada kali ini seorang yang berlatarbelakangkan agama dan mempunyai kelulusan yang baik. Ditambah pula saya dimaklumkan bahawa isteri beliau adalah berketurunan Cina.
“Jadi mudah-mudahan ia akan menjadi kelebihankepada beliau dan saya menyebutkan dalam ucapan saya bahawa jentera BN dan PH (Pakatan Harapan) akan berganding bahu untuk menggerakkan jentera masing-masing bagi memenangkan Dr Yusri dalam pilihan raya 26 April ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelancaran jentera BN di bilik gerakan parti itu diKampung Haji Tahir, Temoh dekat sini.
Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning itu dalam majlis sama hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kira-kira 46 peratus pengundi di Ayer Kuning merupakan pengundi muda dan terdapat dalam kalangan mereka pengundi kali pertama.
“Kita telah meminta supaya Wanita, Pemuda dan Puteri (UMNO) berganding bahu untuk menarik sokongan mereka, khususnya Pemuda dan Puteri, mereka mempunyai program yang tersendiri bagi menarik kumpulan berkenaan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannyabeliau berkataPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kemenangan besar di PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota sebelum ini dapat dijadikan contoh untuk kemenangan di DUN Ayer Kuning nanti.