Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Iteenews) –Timbalan PresidenUMNODatuk SeriMohamad Hasan menghormatikeputusanTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Azizuntuk berundur daripada UMNO dan memilih arah politik yang lebih dekat dengan pandangan peribadinya.
Beliau juga tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa atau mengejutkan kerana ia adalah sebahagian daripada dinamika politik yang makin terbuka dan pelbagai.
Mohamad yang juga Menteri Luar berkatasetiap individu berhak memilih jalan merekadan UMNO memilih untuk terus bergerak ke hadapan, fokus membina semula kekuatan partidan memperjuangkan nasib rakyat.
“UMNO tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu. Kita adalah sebuah parti yang dibina atas kekuatan akar umbi, semangat perjuangandan keyakinan rakyat, bukan pada nama atau kedudukan.
“Orang datang dan pergi, itu lumrah dalam politik. Yang penting, perjuangan ini mesti diteruskan,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Mohamadturut mengucapkanterima kasih atas segala sumbanganTengku Zafrulyang jugaMenteri Pelaburan,Perdagangan dan Industrisepanjang berada dalam kerajaan atas tiket UMNO.
Beliau berkataTengku Zafrul telah memainkan peranan sebagai teknokrat yang menyumbang dalam bidang ekonomi dan kewangan.
Semalam, Tengku Zafrul menerusi kenyataan di Facebook mengumumkanpeletakan jawatannya dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertaiParti Keadilan Rakyat (PKR).