fb Wee Ka Siong
KOTA KINABALU, 22 Sept (Iteenews) — MCA Sabahsedang mengadakan perbincangan secara dalaman bersamaparti komponen Barisan Nasional (BN) yanglain mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata MCA Sabahsentiasa bersiap sedia dan memberikanfokus untuk memastikan kemenangan dapat dicapai dalam pilihan raya berkenaan.
Beliau berkataMCA Sabah komited untuk melakukan yang terbaik memandangkan keadaan politik semasa di negeri ini yang agak berbeza pada masa sekarang.
"Kita lihat senario politik agak berlainan selepas melalui proses PRN (Sabah) ke-16 yang luar biasa. Keadaan pada waktu itu dengan sekarang sudah jauh berbeza ….Jadi kita dalam BN akan bekerja sebagai satu pasukan, dan apa yang penting adalah bagaimana proses perbincangan dalaman BN ini.
“Saya rasa kita serah pada BN Sabah.Biasanya Sabah diberi autonomi baik untuk UMNO, MCA ataupun parti-parti lain, jadi saya yakin mereka lebih arif tentang apa yang berlaku di Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Sabah di sinihari ini.
Turut hadir Pengerusi MCA Sabah Datuk Teah Heok Kuinmanakala Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin diwakili setiausaha politiknya Datuk Abdul Aziz Julkarnain.
Wee berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang ramalan sebaliknya apa yang penting ketika ini adalah untuk melakukan kerja di lapangan bagi memastikan kejayaan pada PRN itu.