Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir pada Kongres Nasional Keadilan 2024/2025, di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru hari ini.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHRU, 24 Mei (Iteenews) — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan bahawakepimpinan baharu akan mampu mengangkatkeupayaan untuk menjadi lebih baik daripada apa yang pernah dicapai.
Berucap di hadapan lebih10,000 perwakilan pada Kongres Nasional Tahun PKR 2024/2025,Perdana Menteri menegaskan keperluan sebagai sebuah jemaah yang mempunyai pelbagai susuk dan ragam, untuk mempunyaitekad bersama untuk menjayakan apa yang direncanakan.
“Kalau tunjuk keretakan, ia tak akan berhasil.Parti tidak akan mampu kalau tak ada semangat kasih sayang, kepercayaan.
“Jadi saya nak nasihatkan (pemimpin) di Cabang, negeri dan pusat, kita kena lepaskan pengalaman lama (selepaspemilihan),” kata beliau ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden, di sini hari ini.
Kongres itu dihadiriPengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, serta barisan saf kepimpinan parti.
Anwaryang mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu berkata bagi menguatkan parti, ia perlumerangkul semua kekuatan termasuk sokongan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad, yang selama ini telah memberikan sumbangan besar terhadap parti.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapanturut menyentuh mengenai keperluan untuk kepimpinan memperkemas parti pascapemilihan, dengan tumpuandiberikan kepada membaiki kelemahanserta menggilap idealismeparti dalam kalangan ahli.
“Oleh itu arahan pertama saya (hari ini), kita perlu adakan kursus di Akademi Keadilan bermula daripada MPP (Majlis Pimpinan Pusat), Angkatan Muda Keadilan (AMK) danWanita, untuk kita muhasabah diri.
“Perkara ini perlu bermula dari atas (pimpinan tertinggi parti) sebelum kita melatih yang ahli-ahli di bawah ini, yang penting kita terima teguran dan baiki (kesilapan) dengan lapang dada, kerana itulah lazimnya kalau kita mahu jadi pemimpin,”katanya.