Kerjasama Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO, BN Masih Di Tahap Baik – Anwar

cdbdfc8c6010d17e3a64bc1e604dafed66cab27dd26bcPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perasmian Muktamar Masjid SeMalaysia Untuk Al-Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan dan kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama parti gabungannya UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih di tahap baik.

Beliau juga berkata pada masa ini, kerjasama dengan UMNO adalah sangat memuaskan.

“Jadi untuk masa hadapan, itu kita masih buka ruang untuk berbincang secara baik,” katannya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU), yang memberi amaran supaya ahlinya tidak terbuai dengan fitnah dan tohmahan pihak lawan sehingga terbit rasa sangsi sesama sendiri.

Ketika menyampaikan ucapan dasar di hadapan lebih 2,000 perwakilan, Ahmad Zahid mahu setiap ahli dan peringkat kepimpinan termasuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuat parti agar UMNO kembali dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *