Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tiga, kanan) menerima Watikah Resolusi Konvensyen dari Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tiga,kiri) ketika hadir pada Majlis Penggulungan Konvensyen Barisan Nasional Negeri Perak 2024 di Hotel Casuarina Meru. Turut hadir, Pengerusi MCA negeri Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon (dua,kiri) dan Pengerusi MIC negeri Perak, Tan Sri Dr. M. Ramasamy (kanan). Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) pada Konvensyen BN Negeri Perak 2024. Turut hadir Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tiga, kiri) dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (lima, kanan).
IPOH, 24 Nov (Iteenews) — Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry bagaimanapun berkata proses bagi mengukuhkan penerimaan akar umbi BN terhadap kerjasama berkenaan sudahtentu memerlukan sedikit masa dan usaha ke arah ituamat penting untuk diberi komitmen yang berterusan.
"Ini (gerak kerja) bukan hanya tertumpu di negeri Perak, tetapi semua negeri, dan perkembangan yang saya lihat agak positif.
"Tetapi apa yang perlu kita lakukan, kita kena menambahkan lagi gerak kerja itu, memastikan supaya kerjasama yang lebih tersusun dapat diwujudkan di peringkat akar umbi," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Konvensyen BN Negeri Perak di sebuah hoteldi sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy merangkap Pengerusi MIC Perak dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi MCA Perak.
Berkenaan konvensyen hari ini, Zambry berkata kehadiran lebih 3,000 orangsecara langsung menunjukkan komitmen BN Perak untuk bekerja dalam satu suara.
Sementara itu, Saarani ketika menggulung konvensyen hari ini berkata beliau bersetuju supaya Perak menyuburkan program pengkaderan dan pemahaman politik, terutamanya dalam kalangan orang muda.
Saarani berkatalangkah itu penting supaya golongan berkenaan benar-benar dapat memahami dasar kerajaan, selain menyelami peranan penting BN dalam mencorakkan masa depan negeri dan negara.
"Cabarannya ialah politik kita terlalu sarat dengan persepsi, terlalu tebal dengan sentimen dan provokasi. Media sosial menjadi sarang untuk menutup segala kebaikan BN dengan sentimen kebencian.