Kerajaan GRS-PH Plus Adil Kepada Semua Tanpa Mengira Fahaman Politik – Hajiji

f8cbe9433ae1a75d2717864cd076430766dd7f73494fe–fotoBERNAMA (2024)

TUARAN, 8 Sept (Iteenews) — Kerajaan Sabah diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) –Pakatan Harapan (PH) Plus sentiasa bersikap adil terhadap semua pihak termasuk pembangkang meskipun tidak sehaluan dalam politik, kataKetua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji berkata walaupun pelbagai kritikan dan fitnah dilemparkan terhadapdirinya serta kerajaan pimpinannya, namun soal keadilan tetap menjadi pegangan beliau.

Pengerusi GRS itu berkata atas prinsip berkenaan, beliau berusaha sebaik-baiknya memberi layanan adil kepada semua rakyat di negeri itu termasuk dalam soal pemberian biasiswa kerajaan negeri tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama penerima.

"Kita tiada balas dendam, kita tidak tekan sesiapa walaupun kita ialah kerajaan," katanya dalam kenyataan selepasmerasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian 2024 Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sulaman di sini hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyatturut meminta pemimpin peringkat akar umbi seperti ketua cawangan, Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya bertindak adil dengan tidak pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada semua rakyat.

"Berimaklumat betul kepada kerajaan atau wakil rakyat. Ini prinsip saya pegang selama 35 tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, tanyalah kawan-kawan di sini. Sebagai manusia, ramai juga yang tidak suka saya, tapi itu tidak mengapa, saya tidak simpan dalam hati," katanya.

Sementara itu, Hajiji menyifatkan sikap pembangkang yang mengkritik kerajaan pimpinannya ketika ini sebagai tindakan sengaja "menutup mata"kerana enggan mengakui kesilapan mereka ketika menjadi kerajaan sebelum ini.

Beliau berkata masalah bekalan air dan jalan raya yang dihadapi Sabah ketika ini bukanlah perkara baharu sebaliknya isu yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Justeru, Hajiji berkatakeinginan pembangkang untuk kembali menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang hanyalah mimpi kerana yakin rakyat Sabah bijak menilai dan memilih parti atau gabungan parti yang mampu membawa Sabah ke arah kemajuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *