Keputusan Rafizi, Nik Nazmi Letak Jawatan Tindakan Berprinsip, Perlu Dihormati – Ahmad Zahid

a8c26afa9ef0b7383d395d7707bde48b683733972ae58Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Konsert Desaku Mendunia dan Pra Pelancaran Mega Karnival 3 Dimensi (MK3D) 2025 di Auditorium Seri Angkasa, RTM.

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Iteenews) — Keputusan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan daripada Kabinet adalah satu tindakan berprinsip dan perlu dihormati.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidiberkata Rafizi dan Nik Nazmi telah memberi sumbangan yang berkesan serta mendukung semua keputusan kerajaan.

“Mereka berprinsip. Itulah janji mereka (untuk letak jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan PKR) dan kita menghormati pendirian itu.

“Biarpun kita tidak campur dalam urusan dalaman partinamun bagi pihak rakan-rakan dalam Kabinet, saya merasakan bahawa selama ini mereka telah menyumbang dengan cukup berkesan dan mereka secara kolektif mendukung semua keputusan yang telah ditetapkan oleh Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan rakaman Konsert Desaku Mendunia dan Majlis PrapelancaranMega Karnival 3 Dimensi di Angkasapuri malam ini.

Ahmad Zahid jugaberkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyaikuasa mutlakuntuk melantik pengganti daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Pemimpin datang dan pergi, begitu juga menteri. Perdana Menteri akan memilih orang yang terbaik daripada parti berkenaan untuk berada dalam Jemaah Menteri,” katanya.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan selepas mereka tewas pada PKR 2025 minggu lepas.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kalah pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.