JOHOR BAHRU, 22 Mei (Iteenews) –Keputusan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka diketahui paling awal malam esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata keputusan itu mungkindiketahui semasa Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasarsekali gus merasmikan Kongres Nasional PKR 2024/2025.
”Kalau keputusan itu kita boleh buat pada malam yang samaselepas atau semasa perasmian dan ucapan dasar Presiden, insya-Allah kita akan umumkan… paling lewat adalah 2.30 petang Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai perjalanan kongres itu di sini hari ini.
Turut hadirSetiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Pengerusi JPP Datuk Ahmad Kassim.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata keputusan tidak rasmi pulahanya boleh diakses oleh setiap calon bertanding dan perwakilan.
Beliau juga berharap agar tiada gangguan liputan Internet pada hari berkenaan bagi membolehkan proses pengundian berjalan lancar.
“Setakat ini, Presiden dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyaksikan tidak pertandinganmanakala terdapat pertandingan bagi jawatan-jawatan yang lain,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu.
Fuziah pula berkata seramai 150 petugas media telah mendaftar bagi membuat liputan Kongres Nasional PKR tahun ini.
Beliau berkata seramai 9,029 perwakilan akan mengundi secara fizikal termasuk di Sabah dan Sarawak manakala 13,060 lagi secara dalam talian bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).