Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR, 26 April (Iteenews) –Keputusan muktamad pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dimuktamadselewat-lewatnya5 Mei ini selepas penelitian semuabantahan diterima.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) 2025Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkataproses penelitian akan dilaksanadengan cermat, adil dan berhemah demi menjaga integriti pemilihan parti yang akan diteruskan untuk pengundian peringkat nasional pada Mei depan.
"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil maklum akan pembentangan laporan terkini oleh JPP2025 mengenai kaedah penelitian keseluruhan proses pemilihan yang akan diambil ke atas bantahan yang diterima berhubung keputusan pemilihan peringkat cabang baru-baru ini.
"JPP akan memaklumkan lebih awal pemenang jawatan di peringkat cabang serta senarai perwakilan ke Kongres Nasional bagi cabang-cabang yang menang tanpa bertanding atau tidak mempunyai pertikaian yang munasabah mengikut penilaian JPPpada 1 Mei 2025," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata senarai ituakan diserahkan secara rasmi kepada pejabat Setiausaha Agung bagi tujuan penyelarasan dan persiapan Kongres Nasional, Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Kongres Wanita yang dijadualkan dari 23 hingga 25 Mei depan.
"Bagi cabang-cabang yang telah mengemukakan bantahan, proses penelitian masih berjalan dan setiap bantahan yang diterima melalui saluran rasmi JPP akan diteliti serta dipertimbangsecara adil sebelum dimuktamad.
"JPP menyeru agar seluruh anggota parti untuk terus bertenang, memberikan kepercayaan kepada proses yang sedang dijalankanserta bersama-sama memastikan keharmonian dan perpaduan parti terus terpelihara," katanya.
DrZaliha juga berkata proses pengundian semula bagi empat cabang iaitu Jempol, Selayang, Silam serta Semporna akan diadakan pada 1 Mei inidan notis pemakluman akan dikemukakan segera kepada cabang yang berkenaan.