Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Iteenews) — KeputusanPemilihan PKR2025 bagi semua 220 Cabang di seluruh negara yang selesaibaru-baru ini telahdisahkan dan dimuktamadkan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), menurut Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata MPPyang bermesyuarat semalam berpuas hati dengan pembentangan Jawatankuasa Pemilihan Parti dan juruaudit digital antarabangsa mengenai keputusan peringkat Ahli Jawatankuasa, Wanita, dan Angkatan Muda Keadilan di kesemua Cabang.
“Keputusan muktamad untuk Pemilihan 2025 bagiperingkat cabang akan dipamerkan bermula pada 5 Mei 2025 menerusihttps://keputusan.keadilanrakyat.org/,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mesyuarat semalam turut mengesahkan tarikh penting dalam garis masa persiapan menghadapi Kongres Tahunan PKR2024 dan 2025 yang akan berlangsung dari23hingga 25Meiini di Pusat Konvensyen AntarabangsaPersada, Johor Bharu.
“Kongres Tahunan kali ini akan menerima kehadiran lebih kurang 10,000 perwakilan yang akan mengundi secara fizikal untuk memilih MPPmanakala lebih 20,000 perwakilan pula akan mengundi secara dalamtalian,” katanya.
Fuziah berkata sistem perwakilan berpaksikan konsep representasi berkadarmengikut sokongan dijangka menarik perhatian kerana calon Ketua Cabang yang kalah turut akan layak menghantar perwakilan ke kongres mengikut kadar peratusan undi diterima padapemilihan sebelum ini.
“Prinsip yang menang tidak menang semua, dan yang kalah tidak kalah semua, akan menyemarakkan lagi proses demokrasi padaPemilihan 2025 sewaktu Kongres kali ini,” katanya.
Beliau berkata mesyuarat turut dimaklumkan bahawasatu Jelajah Pra Kongres ke seluruh negara akan digerakkan untuk memastikan para perwakilan menerima maklumat tepat dan komprehensif dalam membuat persiapan rapi untuk ke kongres.
“Ibu Pejabat juga akan menyediakan platform khas sewaktu Jelajah Pra Kongres itu untuk semua calon MPP bertemupara perwakilan dan memperkenalkan diri masing-masing sebagai calon,” katanya.