Kenyataan Tular Gantung Keahlian Ketua Penerangan PAS Perlis Palsu – Takiyuddin

354126f2ce1b3cfba64186e1e88c7874664a280eebb73Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. (Gambar Fail)

KOTA BHARU, 18 Sept (Iteenews) — Kenyataantular yang mendakwa PAS mengantung keahlian Ketua Penerangan PAS Perlis Mohd Saifizi Saidon adalah palsu, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perludilakukan masih dalam pemerhatian parti.

"Apa yang ditularkan adalah palsu dan tiada apa-apa tindakan ke atas Mohd Saifizi tetapi perkara itu dalam pemerhatian parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Tanglung Kelantan 2024, di sini malam tadi.

Terdahulu, tular satu kenyataan media mengenai tindakan disiplin terhadap Mohd Saifizi kerana memberi ucapan yang didakwa tidak berintegriti dan amanah pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pahang baru-baru ini.

Kenyataan media yang tular itu turut memaklumkan Jawatankuasa Disiplin PAS sudah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Mohd Saifizi sehingga ke satu tempoh yang akan ditentukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *