Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin ketika sidang media selepas meninjau proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA, Bidor.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin ketika meninjau pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA, Bidor.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAPAH, 22 April (Iteenews) –Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerimatujuh laporansepanjang tempoh berkempenPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)AyerKuning.
Bagaimanapun, Ketua Polis PerakDatuk Noor Hisam Nordin berkatalima laporan diklasifikasikan sebagai ‘No Offence Disclosed’ (NOD)manakala dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.
“Dua kes itu melibatkan perbuatan merosakkan poster dan mencabut bendera parti. Kedua-dua kejadian berlaku di sekitar Tapah Road,” katanya pada sidang media disinihari ini.
Beliau berkatatiada tangkapan dibuatsetakat ini dan kes masih dalam siasatan.
Secara keseluruhan, Noor Hisam berpuas hati dengan perjalanan kempen yang memasuki hari ke-11hari ini dan menghargai semua pihak, termasuk partipolitik yang bertanding.
Sementara itu, beliaumemaklumkan dua anggota polis yang tersenarai sebagai pengundi awal di PRK berkenaantelah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan tanggungjawab mereka.
“Seorang daripadanya adalah pengundi berdaftar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah dan seorang lagi di Batalion 3 Pasukan Gerakan AmBidor. Kematian seorang daripada anggota itu akibat kemalangan jalan raya pada minggu lepas.
“Bagaimanapun, datadalam sistem masih mencatatkan mereka sebagai pengundi berdaftar,” katanya.
Proses pengundian awal PRK DUN Ayer Kuning di dua pusat pengundian hari ini melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.