Kempen PRK Ayer Kuning Masih \’Suam-suam Kuku\’, Fasa Kedua Jadi Tumpuan

182786da96156f89831af783f3333eb86801d865c033aCalon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir dan Calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Pekan Ayer Kuning hari ini.Mereka turut dilihat saling bertukar pendapat dan menjalankan kempen secara harmoni ketika bertembung di lokasi tersebut.– fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Mohamad Harith Mohamad Nizar

TAPAH, 18 April (Iteenews) — Minggu pertama kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan calon-calon bertanding giat bertemu pengundinamun bahang proses demokrasi itu masih kurang dirasai.

Tinjauan Iteenews di sekitar kawasan Ayer Kuning mendapati perang bendera dan poster agak hambar manakalaceramah berskala besar tidak dianjurkan.

Penganalisis politik Dr Siti Noranizahhafizah Boyman berkata kempen bagi separuh masa pertama dilihat 'suam-suam kuku' dengan calon banyak menggunakan pendekatan berkunjung dari rumah ke rumah yang menjadikaedah efektif bagi meraih sokongan.

Pensyarah Kanan dan Penyelaras Kluster Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata setakat ini, kesemua calon dan parti politik dilihat mengambil langkah berhati-hati dalam kempen untuk mengelak kontroversi.

Pada pengamatannya, Siti Noranizahhafizah berkata isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) juga tidak disentuh calon serta parti dalam siri kempen mereka, berbeza dengan PRK sebelum ini.

"Namun, saya ingin tekankan bahawa isu domestik dan setempat masih belum diberikan penekanan sepenuhnya," katanya kepada Iteenews.

Siti Noranizahhafizah yang memantau rapat PRK itu menjangkakan bermula Sabtu ini, calon dan parti politik bertanding akan mengeluarkan 'senjata utama' masing-masingsekali gus menghangatkan suasana di Ayer Kuning.

"Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak mengadakan ceramah besar-besaran memberi ruang terbuka kepada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk memanfaatkan pentas kempen berskala besar sebagai medium menarik perhatian pengundi," katanya.